Kelebihan Malam Nisfu Syaaban...

Assalamualaikum.......entry kali ni kne la sopan skit....hahahah....plastik la plk kn.....entry kali ni psl kelebihan malam nisfu syaaban....lg bpe jam lg kiter nk smbut malam tu....huhuhu...Maksud malam nisfu syaaban ialah malam 15 Syaaban iaitu siangnya 14 haribulan Syaaban. Malam Nisfu Syaaban merupakan malam yang penuh berkat dan rahmat selepas malam Lailatul Qadar...betapa mulianya malam tersebut...







Antara amalan yg dibuat pada malam nisfu syaaban ialah :-


1.Solat sunat nisfu sya'aban - terdapat dua cara mengerjakan solat sunat ini Sembahyang 100 rakaat dengan memberi salaam selepas setiap 2 rakaat. Surah Al-Ikhlas dibaca sebanyak 11 kali setelah setiap rakaat setelah membaca surah al-Fatihah
Sembahyang 10 rakaat dengan memberi salaam selepas setiap 2 rakaat. Surah Al-Ikhlas dibaca sebanyak 100 kali setelah setiap rakaat setelah membaca surah al-Fatihah

2. Membaca Yasin 3x selepas solat Maghribnya

i) Yasin pertama : mohon dipanjangkan umur untuk beribadat kepada Allah
ii) Yasin kedua : mohon rezeki yang halal untuk beribadat kepada Allah
iii) Yasin ketiga : mohon ditetapkan iman dan Islam & mati di dalam iman

3. Berpuasa pada siangnya (mulai pagi esoknya-15 Syaaban)








Ni pulak amalan2 yg digalakan buat time bulan syaaban :


1) Memperbanyakkan puasa sunat.
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Barangsiapa berpuasa 3 hari pada permulaan Syaaban dan 3 hari pada pertengahan Syaaban dan 3 hari pada akhir Syaaban, maka Allah SWT mencatat untuknya pahala seperti pahala 70 nabi dan seperti orang-orang yang beribadat kepada Allah SWT selama 70 tahun dan apabila dia mati pada tahun itu maka dia seperti orang yang mati syahid”.

2) Memperbanyakkan doa, zikir dan berselawat kepada Rasulullah SAW.
Sabda Rasulullah SAW: “Barangsiapa yang mengagungkan bulan Syaaban, bertaqwa kepada Allah SWT, taat kepada-Nya serta menahan diri dari perbuatan maksiat, maka Allah SWT mengampuni semua dosanya dan menyelamatkannya di dalam tahun itu dari segala macam bencana dan penyakit”

3) Bertaubat

Diriwayatkan dari Umamah Al Bahili Radiallahuanhu, dia berkata: Rasululullah SAW bersabda yang bermaksud: “Manakala masuk bulan Syaaban, sukacitalah dirimu dan perbaiki niatmu”.






p/s : sumber rujukan drpd : http://insecretlovewedrown.blogspot.com/2011/07/kelebihan-malam-pengampunan-nisfu.html


















2 comments:

Ashieee said...

Semoga apa yang di kongsi, dilakukan juga oleh penulis blog yeh! :D

mIe's wOrLd said...

haha..harus la kak

Powered By Blogger

My Blog List