Selebriti Hitam Manis Dlm Malaysia.....

"Hitam manis, hitam manis/Yang hitam manis/ Pandang tak jemu/Pandang tak jemu/Yang hitam manis/Pandang tak jemu",korang still ingt lagi lagu nih..?????????? aku pn x bper nk ingt dh coz lagu ni mmg lgu  lmer gle.....time lagu ni wjud aku lom wjud lg kot kat dunia nih...hehehehehehe,x silap aku lagu ni khas untuk orng yg kulit gelap cm dayang nurfaizah,farahwahida,ning baizura n lain2......hehehehehe,aku pn leh dikategorikan kulit cm diorng gk la..,ok per kn....,cntik gk per.....,orang yg kulit gelap ni ade kelebihan tersendiri....cam :




                                   Ning baizura
                                               
Ratu Soul ini sering bukan saja dikagumi kerana mempunyai vokal soprano yang hebat tetapi ramai yang turut mengagumi bentuk badannya yang lentik itu. Si hitam manis ini akhirnya menamatkan zaman bujangnya pada usia 33 tahun apabila mengahwini jejaka Inggeris, Omar Shariff Christopher Layton Dilton, 36, yang juga duda anak dua pada 2 Februari 2008 lalu..
Terbaru Ning sudah pun membuka kelab muziknya sendiri, The Celebrities Club di Slorais Mont Kiara. Dia juga bakal muncul dengan teater muzikal Inggeris dan bakal muncul dengan album baru.









                                Black Mentor


Jejaka berkulit hitam manis yang telah membuktikan bahawa warna kulit tidak membataskan dirinya untuk berjaya sebagai penyanyi. Malah, sejak muncul sebagai juara proghram realiti Mentor, Black atau nama penuhnya Hanifah Md Hanafiah sudah mula membuktikan taringnya apabila dia berjaya merangkul kategori Vokal Terbaik dalam Anugerah Juara Lagu kali ke-24 (AJL24).







                              Ammar Alfian



Model serta pelakon drama Tari Tirana ini baru saja hendak menapak dalam dunia hiburan. Tetapi, jejaka tampan hitam manis ini seringkali dilihat ke mana-mana dengan buah hatinya Puteri Sarah Liyana yang juga pelakon dan model.
Begitupun Ammar mula menggemparkan industri hiburan apabial dengan beraninya telah menghentam wartawan hiburan dalam akaun facebooknya ekoran peristiwa dia bergaduh dengan Puteri Sarah sebelum bermulanyan tayangan prebiu filem Lu Fikirlah Sendiri.
Akhirnya, Ammar telah membuat permohonan maaf dalam dalam sidang media khas anjuran Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) di Bilik Kelantan, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada 12 Mac yang lalu.





                                                                 
                             Dayang Nurfaizah


Penyanyi dari Kuching Sarawak yang digelar Beyonce Malaysia ini diiktiraf mempunyai suara dan vokal yang cukup baik serta tersendiri. Baru-baru ini, Dayang telah memenangi anugerah Album Pop Terbaik menerusi album Dayang Live di Anugerah Industri Muzik Ke-17 (AIM17). Sekaligus mengalahkan impian Dato Siti Nurhaliza untuk meraih kemenangan dalam kategori yang sama. Begitupun, Dayang tdiak dapat hadir untuk menerima anugerah tersebut kerana terlibat dengan program Mentor anjuran TV3.

0 comments:

Powered By Blogger

My Blog List